Monday, 13 April 2015

BAB 2

 “Eh,Datin..masuklah.Kenapa tak cakap nak datang.Boleh saya buat kuih-kuih untuk Datin.”ramah Puan Nor sambil bersalaman dengan Datin Dayang.
“Alaa..kenapa nak susah-susah.Saja je singgah sini.Kebetulan saya melawat anak lelaki saya kat Ampang.Alang-alang dah lalu depan rumah ni singgah je la.”jawab Datin Dayang.Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk milik Puan Nor.Sambil berbicara dengan Puan Nor matanya terpesona seketika melihat hiasan rumah Puan Nor.Sungguh cantik.Dia sedikit iri hati melihat Puan Nor begitu kreatif menjaga rumahnya yang besar tanpa mengupah pembantu rumah.
“Macam mana you boleh hias rumah yang besar ni seorang diri.?Kemas,cantik,tak ada sedikit habuk pun I lihat.”pujinya sambil mencalit jarinya di atas sebuah perabot yang diletakkan di sudut sofa yang dia duduk.
“Oh..segala susun atur rumah prabot dan deko rumah ni semua cadangan anak perempuan saya.Dia memang kreatif kalau menghias rumah dan taman kat luar sana pun semua idea dia.Saya cuma lap-lap habuk dan bersih-bersih semua perabot ni kalau saya rajin.”jawab Puan Nor dengan penuh merendah diri.
“Anak perempuan you?Yang mana ek?Last week i datang dia tak  ada kan?”tanya Datin Dayang dengan penuh perasaan ingin tahu.
“Oh ye..lupa….” Puan Nor berjeda seketika untuk meletakkan teko air dan cawan air sebelum dihidangkan kepada Datin Dayang.Dia meletakkan secawan air kepada Datin sebelum meneruskan ayatnya.
“Anak perempuan saya yang baru habis belajar kat Ausralia tu la..Qaisara Nasuha namanya.Rasanya saya pernah cerita kat Datin pasal anak perempuan saya tu.Waktu Datin datang minggu lepas dia keluar.Bila Datin balik baru dia balik.Tak sempat nak jumpa dengan dia.”terang Puan Nor panjang lebar.
‘oh..yang belajar kat Australia tu?Dia dah habis belajar ke?”tanya Datin Dayang bertubi-tubi seakan-akan ingin lebih tahu tentang anak perempuan Puan Nor ini.
“Ye,dah habis belajar pun Datin.”
“Mana dia?keluar ke?”tanya Datin Dayang lagi.Matanya melilau di sekeliling rumah seakan mencari seseorang.
“Ha’ah.Dia keluar.Kejap lagi dia balik tu.”jawab Puan Nor perlahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Haishh…kereta siapa la ni?”tanya Nasuha kebingungan.Dia terpaksa parking kereta di luar perkarangan rumah kerana kereta Datin Dayang menghalang Nasuha daripada masuk ke pagar rumah.
“Ni mesti kawan mama.Tak pun kawan papa.”dia berleter sebelum mematikan enjin keretanya.Dia mencapai beg tangannya di tempat duduk sebelah pemandu.
 “Ermmm…anak perempuan saya dah balik dah rasanya.”kata Puan Nor sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke arah luar rumah.Bunyi suis kereta milik Nasuha menyebabkan Puan Nor terperasan kepulangan puteri kesayangannya.
“Assalamualaikum.Mama!”laung Nasuha dari luar rumah.Datin Dayang yang hajatnya ingin minum air meletakkan semula cawan teh atas meja.Dia juga seakan-akan menunggu anak perempuan Puan Nor.
“Waalaikummussalam..lambat balik”jawab Puan Nor penuh lembut sebagai seorang ibu.
“Sorry mama.Jalan sesak.Ada traffic jam.Sebab tu lambat sikit.Dia bersalam dengan ibunya. “Suha berhenti kat mall sekejap tadi.Teringin nak makan pavlova.”sambungnya lagi.
“Oh..tak apa la.Oh ye.Suha.. kenalkan ni kawan mama.Datin Dayang.Ingat kan yang mama ceritakan ni.”
“Datin Dayang?”Dia buat-buat berfikir.Dia duduk di sebelah mamanya sebelum menyambung lagi “ermmm.. ohh….ingat-ingat..Apa khabar,Datin?”sapa Nasuha dengan ramah.
“Baik,Alhamdulillah..Amboi..Cantik anak perempuan you ni kan?Betul-betul mewarisi kecantikan mamanya”puji Datin Dayang sambil tersenyum manis ke arah Nasuha.
“Alaa Datin.Tak adalah.Biasa-biasa je.”kata Puan Nor tersipu-sipu.
“Datin..”    “Jangan panggil saya Datin.Panggil je auntie.”pesan Datin Dayang menyekat ayat Nasuha.Nasuha tersenyum dengan penuh sopan-santun sebelum menyambung ayatnya yang disekat oleh Datin Dayang.
“Baik,Dat…errr..auntie .” akur Nasuha terketar-ketar . “Auntie kerja kat mana?Saya rasa macam kenal dengan auntie. Tapi saya lupa kat mana.”dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Belum sempat Datin Dayang menjawabnya.Puan Nor terlebih dahulu memotongnya. “Esh Suha ni.Boleh lagi tanya.Ni la Datin Dayang Haslinda,usahawan terkenal dan pemilik company yang besar kat Malaysia ni.
“Oh..pengusaha tudung Pearl Linda tu kan?”tanya Nasuha penuh excited.Dia memang pengikut setia tudung keluaran syarikat Datin Dayang.Bahkan ,kesemua kedai cawangan Datin Dayang di Malaysia ini pernah dikunjunginya dan hampir satu almari miliknya dipenuhi dengan tudung keluaran Pearl Linda.
Datin Dayang ketawa kecil melihat Nasuha yang tersangat berminat ingin tahu mengenai syarikatnya.
“Ye..Pearl Linda tu syarikat milik auntie .Kenapa.. ?Suha pernah masuk ke kedai tu ke?”tanya Datin Dayang ingin kepastian.
“Kalau auntie nak tahu,Suha memang peminat no.1 tudung dan shawl kedai auntie tu.Memang Suha suka sangat dengan tudung-tudung kat situ.Dia punya design semua cantik.”jawabnya sambil tersenyum sopan kepada Datin.
“Anak perempuan saya  memang suka beli tudung kat situ.Memang boleh dikatakan setiap kali ada pattern baru dia memang tak akan ketinggalan nak beli tudung kat situ.”sambung Puan Nor penuh bersungguh-sungguh.
“Oh ye ke?”Datin Dayang tersenyum bangga. “Tak sangka masih ada anak muda macam Suha yang berminat dengan fesyen tudung.Memang auntie suka sangat dengan perempuan bertudung macam Suha.Memang cantik kalau Suha bertudung.Nanti kalau ada kelapangan auntie nak ajak Suha pergi kat kedai auntie dan auntie boleh ajar cara buat tudung.”
“Yeke auntie? Terima kasih.Suha suka sangat.”
Datin Dayang hanya tersenyum manis kepada Nasuha sebagai tanda sama-sama.Dia melihat jam di tangannya sebelum meminta izin untuk pulang.Dalam masa beberapa minit sahaja Datin Dayang seperti berkenan dan sayang kepada Nasuha.Dia terasa malas pulang ke rumahnya kerana masih teringin berbual panjang bersama Nasuha.Dek kerana kekangan masa dan masih ada kerja yang harus dilaksanakan dia terpaksa meminta izin untuk pulang dulu.
“Nanti kalau auntie free singgah-singgah la kat sini ye?pelawa Nasuha penuh gembira.
“Insyaallah sayang.Auntie pasti akan singgah sini kalau ada kelapangan”jawabnya lembut sambil mengusap lembut pipi Nasuha.Tidak  ubah seperti seorang ibu yang membelai pipi anak perempuannya.Puan Nor hanya tersenyum melihat kemesraan mereka sebelum bersalaman dengan Datin Dayang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

“Mami,lambatnya mami balik.Mami dari mana ni?Risau Ameerul.”tanya Ameerul sambil meluru ke arah maminya untuk bersalam dan memimpin tangan maminya.
“Eh,Ameerul.Mami ingat Ameerul tidur rumah Ameerul and tak balik rumah hari ni.Sebab tu Mami balik lambat. Mami dari rumah kawan mami kat Ampang tu.” “Meerul dah makan ke?nanti mami suruh bibik siapkan makanan.”tanya Datin Dayang.
“Eh tak payah la mami.Mami rehat-rehat la dulu.Mami kan baru balik.Lagipun malam ni Meerul nak keluar.Nak jumpa kawan kejap.”
“Nak jumpa kawan?”tanya  Datin Dayang kehairanan..Tak pernah-pernah pula anak lelakinya Qaish Ameerul keluar malam.
“Yap mami.Dah lama tak keluar malam.Teringin juga nak lepak-lepak dengan kawan-kawan.Selalunya time ni Ameerul terperap kat  office.Nanti dioarang cakap yang Ameerul sengaja nak lari dari mereka.
Datin Dayang tergelak kecil.Ada betulnya kata anak lelaki tunggalnya itu.Sekali sekala biarlah dia keluar jumpa kawan-kawan.Kalau tak memang waktu macam ni dia akan sibuk di pejabatnya.Memang tak akan selalu ada masa lapang untuk jumpa kawan-kawannya.
“Yelah.Tapi jangan balik lambat sangat tau?”pesan Datin Dayang.
“Ai ai kapten.”jawabnya sambil membuat tabik ke arah maminya.Datin Dayang hanya menggeleng melihat telatah anak lelaki tunggalnya.
Dia mencium kedua-dua belah pipi Datin Dayang.Dari dulu memang itu yang dilakukan oleh Ameerul sebelum keluar rumah.Dia memang sangat manja dengan maminya kerana dari dulu sampai sekarang dia hanya tahu yang dia dibesarkan oleh maminya.Segala duduk bangun syarikat hanya diusahakan oleh maminya seorang diri sehingga berjaya seperti sekarang.Dia juga tidak mahu tahu ke mana ayahnya sekarang kerana itu menambahkan lagi bencinya terhadap ayahnya yang meninggalkan Datin Dayang semata-mata ingin mengahwini seorang gadis muda.
“Ameerul pergi dulu ye?”pamit Ameerul.Datin Dayang hanya mengangguk perlahan dan tersenyum manis ke arah Ameerul.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ada la juga.Tapi aku diam je lah.Memang la seorang ibu nak tengok anaknya kahwin dan hidup bahagia.Lagi-lagi aku ni anak tunggal dia.Lagipun,aku bukan tak nak kahwin aku cuma nak mencari seseorang yang tepat yang boleh menyayangi aku dan yang lebih penting boleh menyayangi mami aku dengan seadanya.”kata Ameerul apabila ditanya mengenai perkahwinan.
“Ada je baii…kau je yang tak nak cari.Bai.. look ,kat KL ni banyak perempuan yang macam kau nak.Tapi kalau just terperap kat office,mana nak jumpa baii.Perempuan tak akan cari kau tau.Tengok aku ni,akhir tahun ni insya ALLAH naik pelamin.Kau dengan aku kau lebih famous la.”kata Adam seolah-olah menyampaikan ceramah terhadap Ameerul.
“Kali ni aku setuju dengan kata Adam.Kau cukup pakej Ameerul.Anak usahawan terkenal kat Malaysia.Lepas tu,kau director besar kat syarikat pula.Belajar sampai overseas.Kalau pasal rupa tu kau memang tak perlu fikir,sebab dari dulu sampai sekarang memang menjadi pujaan semua gadis kat Malaysia ni.Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku,kenapa kalau gadis cantik nak dekati kau,kau jual mahal ek?Model terkenal tu,siapa nama…emm..hah ! Laila Damia pernah tergila-gila kat kau,pun kau jual mahal.”kali ni Husyairi menyampuk.
“Laila Damia?Kau nak suruh aku layan.??Bai,nak cari pasangan hidup tu,jangan cari perempuan yang hanya boleh menjadi peneman kau dalam dunia ni.Yang memang dah tak ada life?Dah sah-sah perempuan yang tinggi lampai macam dia tu bila diajak kahwin akan bagi kau beribu-ribu alasan.try kau tanya dia,nak ke dia kahwin and jadi ibu?nanti dia akan cakap,nak jaga badan la.Takut menyusu bayi la.Takut badan naik la.Last-last duit melayang tapi kahwinnya tak.Lagipun bai,aku nak cari pasangan hidup bukan semata-mata nak bercinta lepas tu clash,then cari orang lain pula.Bila aku dah jumpa someone yang tepat,aku akan bawa dia jumpa mami aku terus.”terang Ameerul panjang lebar.Mereka berdua hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat Ameerul.
 “Betul bai.Aku setuju.”kata Adam sambil menepuk belakang Ameerul.  

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello,Assalamualaikum,Puan Nor.”sapa Datin Dayang di hujung talian.
“Waalaikummusalam..Oh Datin Dayang.Ada apa ye?”tanya Puan Nor.
“Macam ni Nor.Saya fikir esok pagi nak ajak Nor pergi jogging.Ermm.kalau boleh ajak Nasuha sekali.Dah lama tak pergi jogging sekali kan?”.
“oh..Ye.Tak ada masalah Datin.Saya pun memang teringin sangat nak pergi jogging.Nanti saya cuba cakap dengan Suha.”
“Ok..pagi esok kita jumpa kat tempat biasa ye?”
“Baik Datin. Okey..waalaikummussalam”jawabnya sambil meletakkan talian.Dia tersengih gembira melihat keakraban yang Datin Dayang wujudkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 “Mami! Belum tidur lagi ke?”sapa Ameerul dari dapur.
“Belum..Mami cari Ameerul……Baru balik ke?”tanya Datin Dayang.
“Ye mami.Ameerul baru balik.Minum air kejap kat dapur tadi.Mami cari Ameerul kenapa?”
“Tak adalah.Mami Cuma nak ajak Ameerul pergi jogging esok.Dah lama rasa tak jogging.Lengan mami pun dah naik kendur ni”katanya smbil menunjukkan bawah lengannya kepada Ameerul.
“Mana-mana? Iyelah..teruk ni mami.Ok..Nanti esok kita jogging ye?katanya sambil menyakat Datin Dayang.
“ok.Bangun awal tau esok.Jangan lupa pula.”pesan Datin Dayang .
“Iye mami.”jawabnya ringkas sambil tersenyum manja ke arah maminya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang dijanjikan,Nasuha dan Puan Nor tiba di tempat yang dijanjikan.Nasuha meletakkan kereta di tempat yang sedikit jauh kerana parking hari ni sudah dipenuhi kereta.Maklumlah,hujung-hujung minggu begini memang tempat ni selalu dipenuhi ramai orang.
Setelah mematikan enjin , perut Nasuha tiba-tiba sakit .Dia menggosok-gosok perutnya.Dia melilau-lilau mencari tandas yang berdekatan.Sudah tidak boleh ditahan lagi.
“Mama pergi jumpa Datin dulu.Suha nak ke toilet kejap.Perut Suha memulas la.”
“Haii…macam mana boleh memulas pula?Kamu makan apa pagi tadi?”
“Tak tahu la mama.Alaa..Mama pergi la jumpa Datin dulu.Kejap lagi Suha pergi.”
‘Ermm..yelah.Cepat sikit tau?”
“Ye mama..”jawabnya sambil berlari-lari anak mencari toilet.Entah kenapa perutnya tiba-tiba memulas.Rasanya dia makan roti bakar yang dihidangkan mamanya pagi tadi sebelum turun dari rumah.
“Hai Datin.”
“Oh..Nor.Eh,mana Nasuha?Tak datang ke?”tanya Datin Dayang.
“Dia datang.Tapi dia ke toilet kejap.Tiba-tiba pula perut dia memulas.”kata Puan Nor sambil ketawa kecil.
“Oh ye ke?Kesian dia.Eh duduk la dulu.Ada ke patut berdiri kat situ.”pelawa Datin Dayang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------“Dear stomach,time ni la kau nak menyusahkan aku.Orang datang nak berjoging kau sibuk nak memulas.Tengok,sekarang ni auntie dengan mama aku dah tunggu.Mesti lama dia tunggu.Huh!”bebelnya.Disebabkan terlalu ralik bermonolog,dia terlanggar seseorang.
“Aduhhh…sakitnya.Eh,jalan tak nampak orang ke?”marah Nasuha selpeas dilanggar lelaki yang tak dikenali.
Excuse me.You tu jalan tak tengok orang.Gila ke apa cakap sorang-sorang?jawab Ameerul tak puas hati.
“Halloo…suka-suka hati je ek cakap orang gila?dah la langgar orang,tapi tak tahu nak minta maaf.”
“Macam mana saya nak minta maaf?Belum saya cakap apa-apa awak dah marah-marah saya.Saya cuma boleh cakap minta maaf dekat perempuan yang ada budi bahasa,bukan dekat perempuan yang tahu nak marah-marah orang macam awak ni.”kata Ameerul sebelum beredar.
“What?? Kurang ajar punya orang.Dua kali kau hina aku ek?ok fine..kalau aku jumpa kau lagi selepas ni,siap kau!”katanya tapi tak pasti samada Ameerul dengar atau tidak.Dia menggosok-gosok lengannnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mama,auntie sorry lambat.”kata Nasuha termengah-mengah.
“Tak apa Nasuha.Ni kenapa termengah-mengah ni?”tanya Datin Dayang.
“Nasuha berlari sebab takut auntie dengan mama tunggu lama.”jawabnya.
‘Esh..tak apa la Suha.Oh ye Suha.Kenalkan ni anak lelaki auntie Qaish Ameerul.”kenal Datin Dayang kepada Nasuha.
“Hai…..say…”Nasuha berhenti seketika melihat lelaki yang dikenalkan Datin Dayang.Seperti lelaki yang sangat dikenalinya.
“Hai..”jawab lelaki itu bersahaja.Dia tersenyum sindir ke arah Nasuha . “Ahhh,lelaki nilah yang langgar aku tadi.”bisiknya dalam hati.Dia hanya tersenyum ke arah lelaki itu.
“Suha,tak nak kenalkan nama ke ?”tegur Puan Nor apabila melihat anak perempuannya hanya melontakan senyuman ke arah lelaki  itu.
“Oh..err…Saya Qaisara Nasuha.”kenalnya sambil tersenyum tidak ikhlas ke arah lelaki itu.Kalau tidak difikirkan Datin Dayang dan Puan Nor ada di situ mahu saja dia sepak,terajang lelaki ini.Dahlah maki-maki orang boleh pula tersenyum-senyum buat tak bersalah.Dia menghela nafas yang panjang.
“Nor,jom pergi kat taman sana sekejap.”ajak Datin Dayang sambil membuat isyarat mata supaya meninggalkan mereka berdua bersendirian.
“er..oh..ye2..jom..kat taman sana cantik kan?”.Isyarat mata Datin Dayang berjaya ditangkap oleh Datin Dayang.Mereka sengaja meninggalkan Nasuha dan Ameerul bedua-duaan supaya mereka boleh mengenali antara satu sama lain.
“Mama…mama nak pergi mana ?Tak kan nak tinggalkan Suha sorang-sorang kat sini?”tanya Nasuha
“Alaa..korang kenal-kenal la dulu.Borak-borak..kitorang pergi tak lama pun.Tak payah risau lah.”jawab Datin Dayang.Puan Nor hanya mengangguk pantas tanda setuju dengan Datin Dayang.
Mereka meninggalkan Nasuha yang kebingungan sambil diperhatikan oleh Ameerul.Tak pernh-pernah mamanya berani meninggalkan dia dengan lelaki brdua-duaan macam ni.Ni mesti ada muslihat yang dirancang oleh mereka.
“Sejak bila awak kenal dengan mami saya?Dah lama ek?”tegur Ameerul apabila melihat Nasuha yang seperti tidak puas hati apabila ditinggalkan mamanya.Dia mengambil tempat di sebuah bangku yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan Nasuha.Nasuha yang berada di sebelahnya ditenung olehnya.Sungguh cantik gadis yang berada di tepinya.Walaupun bertudung,komodenan dalam diri gadis itu tetap ada.
“Err…. Saya dengan Auntie Dayang baru je kenal.Mama saya yang kenal lama mami awak.Diorang kawan dah lama.”jawab Nasuha mendatar.cuba membiasakan diri untuk bercakap dengan lelaki itu.
“Oh ye ke?Emmm…saya nak minta maaf sebab kasar-kasar dengan awak tadi.Tu bukan saya yang sebenarnya.”
“Oh.erm.Saya ok jer.Saya pun kasar-kasar dengan awak tadi.Saya minta maaf.”jawab gadis itu penuh sopan.Tak pernah-pernah dia jadi kaku begini apabila bercakap dengan lelaki.Biasanya,dia paling bising kalau bersama dengan kawan-kawannya.
“Awak la pemilik syarikat terbesar kat Malaysia ni kan?Bertuah mami awak.Ada anak yang bijak macam awak.”sambungnya lagi.
“Esh..Tak ada la.Semua ni adalah berkat dan dorongan dari mami saya sendiri.Yang bijak ialah mami saya.Bukan saya.Kalau awak tengok syarikat yang membangun ni ialah hasil daripada usaha mami saya seorang diri.Saya hanya menyambung tenaga mami saya.Dulu,kami tidak sesenang ni.Mami saya hanya suri rumah sepenuh masa.Daddy saya yang berniaga sampailah dia berjaya.Tapi sekarang,selepas mempunyai pangkat Dato’ terus lupa kami sekeluarga and kahwin lain.Since from that,mami tekad untuk membangunkan semula segala perniagaan yang hampir runtuh sejak ditinggalkan daddy saya.Hasilnya,segala perniagaan yang dibangunkan oleh mami lebih berjaya daripada waktu daddy saya jalankan perniagaan ni.”
“Oh..Jadi syarikat tudung yang mami awak usahakan sekarang ni adalah asalnya dari daddy awak?”tanya Nasuha yang sepertinya sangat berminat dengan cerita Ameerul.
Ameerul tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaan Nasuha. “Ya.Tapi syarikat tu sebelum ni tidak sebesar syarikat ni sekarang.Dulu,ianya sebuah kedai yang kecil sahaja .Tapi terkenal juga la waktu dulu.”jawabnya.
“Oh.Baru saya faham.Tapi kalau bukan dengan bantuan awak juga,mami awak tak akan berjaya seperti ni.Betul tak?”tanya Nasuha sambil tersenyum kea rah Ameerul.
“Mungkin la kot.”jawabnya ringkas sebelum kedua-duanya tergelak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ameerul suka dengan Nasuha ?”tanya Datin Dayang ingin kepastian.Dia mengambil tempat di tepi Ameerul.
“Amboi..mami..masuk ni dah tiga kali mami tanya Ameerul soalan yang sama.Mami nak tahu sangat ke?”tanya Ameerul yang sedang menonton televisyen.Lantang televisyen itu diperlahan sedikit untuk memberi perhatian kepada maminya.Dia sudah tahu kalau maminya buka topik ni memang televisyen pun dah tak boleh diberi perhatian lagi.
“Mestilah Ameerul.Mami nak tahu sebab sejak Ameerul bercakap dengan budak tu,Ameerul selalu senyum-senyum.Ameerul pun gelak-gelak dengan dia semalam kan?”tanya Datin Dayang.
“Sebenarnya,memang Ameerul suka bercakap dengan dia.Dia seorang yang memahami.Bukan macam perempuan yang selalu Ameerul kenal.Dia jenis lain sikit.Seorang yang ceria.Cakap pun banyak.”jawab Ameerul.
Maminya tergelak kecil. “Betul la mami.Seronoklah dapat berborak dengan perempuan macam dia.”sambungnya lagi apabila melihat maminya tergelak.
“Iye.Mami tahu.Sebab tu mami gelak.Ameerul suka dia tu suka yang macam mana?tanya Datin Dayang ingin lagi kepastian.
“Suka macam Ameerul suka kawan Ameerul la.Kenapa?”tanya Ameerul
“Kawan je?Hmm..xpelaa kalau macam tu.Mami naik atas dulu la ek?Badan rasa penat.”
“Ok mami.Mami rehat-rehat dulu ek ?”
Datin Dayang hanya berlalu tanpa menjawab.Dia seperti seperti tidak semangat mendengar jawapan anak terunanya itu.Punah segala harapan untuk bermenantukan Nasuha.
Hakikatnya Ameerul saja ingin menyakat maminya itu.Di memang sudah terjatuh hati dengan Nasuha.Siapa yang tak cair dengan Perempuan yang penuh sopan santun macam Nasuha.

“Mami jangan risau.Ameerul memang dah jatuh hati dengan Nasuha.Nasuha akan masuk dalam family ini.Soon.Isyaallah.”Ameerul bermonolog sebelum menyambung menonton televisyen yang tergendala.

No comments:

Post a Comment