Hai ..lama tak berblog . Al maklumlah dah ada kat kampung tercinta ! yess!!! Finally terubat juga rasa rindu kat kampung.Which is at Kelantan . Pejam celik.pejam celik rupa-rupanya dah nak habis sem nie ..Yesss !!! Tersangatlah seronok you alls .. Kalau boleh nak selalu cuti macam ni.Nak besarkan lagi badan la tu.Nak buat macam mana memang kalau balik kampung asyik tidur,Makan tidur,makan tidur .Lebih-lebih lagi kalau dapat rasakan makanan kampung.Bukan selalu kan?Nnti kalau dah balik Universiti rindu dekat masakan mak pula.So bila dah ada peluang ni kita grab je la kan?
Rindu kat cinta hati??.Mestilahhh !! sape tak rindu..hahahahha..just sampingan.Rindu-rindu pun tak kan sealu nak jumpa.Akun pun xtahu nk cakap apa lagi kat dalam ni.K la.. Got to go now!! bye ....
Tuesday, 28 April 2015
Monday, 13 April 2015
Dalam percintaan ,memang gaduh2 ,nangis2 tu tak akan lari dah.Pendek cerita dah macam dalam movies dh.Mana tidoknye ,yang sorang nangis yang sorang pujuk.Yang sorang x mkn,sorang lagi pun tak makan .last2 dua2 mati kelaparan.Memang pasangan till jannah .Tapi pelik juga aku rasa , in couples tak boleh ke kalau tak ada gaduh-gaduh?Omaiiiii ....... kita tengah stress dengan assignment mula la nak buat topic nak gaduh .Serius arr aku pun dah rasa tak tahu nak buat apa.Dalam blog ni je kot boleh nak luah2 perasaan ... tapi aku memang syg gila kat dia.Tu memang tak boleh dinafikan .Jaga tu memang jaga .Aku memang boleh jaga dia.Dah janji dah pun.Selagi mana aku boleh jaga ,aku jaga dia.Tipu la kalau aku cakap kat sini tak ada orang suka aku.Tapi setia punya pasal aku tak layan semua tu.Sanggup pertahankan cinta aku.
So,nasihat aku..Jaga la hubungan korag seeloknya.Jangan tinggikan ego korang semata-mata tak mahu mengalah.Mengalah tak semestinya kalah.
Aku nak bagi sedikit tips macam mana nak memenangi hati lelaki yang bukan suami kita lagi la.I mean boyfriends .
Firstly,jangan kacau dia if dia cakap tengah penat.Kalau dia cakap dia penat kau jangan pula bagi masalah.If you rindu sparuh mati kat dia try buka topics yang boleh buat dia hilang penat.Jangan cerita or cakap pasal sesuatu yang boleh buat dia mengantuk.Tak kira la .Kalau part tuh you all boleh fikirkan .
Secondly,jangan marah dia balik kalau dia tengah marah.I mean , time dia tengah tinggikan suara ,jangan kau tinggikan suara balik .If you do that ,it can be like mencurah api dalam api. (Aku pun tak tahu betul or tak istilah ni.Harap betul lah)
Lastly.Kalau boleh cubalah mengalah.Jangan korang keras hati kalau dia tak nak mengalah.Adalah lebih elok kalau kau juga mengalah.Ingat ! mengalah is doesn't means you are loss.Sebaliknya lelaki akan malu sebab kita dah rendahkan ego dia.Keep it up ! xoxo. ...
.Bukan niat ape2.I cakap based on my experiences .
Harapnya tips yang tak berapa tip sangat ni boleh membantu korang la ye ?
Life At University
Ramai orang cakap life kat Universiti ni lagi best daripada sekolah sebab sekolah ni memang sedikit terkongkong maybe dari segi peraturannya yang teramatlah ketat.Kalau kat U ni kita nak pakai apa pun orang dah tak kisah and tak ade orang yang nak tegur.Ok.Kalau part ni i sendiri boleh sokong.Tapi kalau part lain i lebih memilih untuk berada di sekolah daripada Universiti.Memang la kalau korang nak ckap bersyukurlah at least kau dapat masuk U daripada orang yang berebut-rebut nak masuk U tapi tak dapat i terima je.I tahu.Bukannya tak bersyukur dapat masuk U .Just wanna share what i feel ..Tak salah kan ?But honestly..memang kalau kat sini aku tak pernah tenang.mungkin dengan orang sekeliling kut.
Ade orang yang dengki and tak puas hati itu normal je.Tapi kalau jenis yang cakap belakang and jahat belakang.Omaiiii...sakit tu memang tak boleh nak cakap.and kalau jenis yang ada secret admirer ni jangan cakap la.. Hari-hari kena mengadap kes yang macam ni.Pergi mana-mana je orang cakap belakang.Wah2..ibarat kita ni memang dah jdi tumpuan orang ramai.
Kalau diberi peluang aku nak putar balik waktu sekolah .Stress pun tak ade stress macam ni.hummm...But it's ok lahhh ...diam itu lebih baik..and buat tak tahu .. Am i right? pesanan dari orang tersayang ... Mr Darwish ...
Ade orang yang dengki and tak puas hati itu normal je.Tapi kalau jenis yang cakap belakang and jahat belakang.Omaiiii...sakit tu memang tak boleh nak cakap.and kalau jenis yang ada secret admirer ni jangan cakap la.. Hari-hari kena mengadap kes yang macam ni.Pergi mana-mana je orang cakap belakang.Wah2..ibarat kita ni memang dah jdi tumpuan orang ramai.
Kalau diberi peluang aku nak putar balik waktu sekolah .Stress pun tak ade stress macam ni.hummm...But it's ok lahhh ...diam itu lebih baik..and buat tak tahu .. Am i right? pesanan dari orang tersayang ... Mr Darwish ...
BAB 2
“Eh,Datin..masuklah.Kenapa tak
cakap nak datang.Boleh saya buat kuih-kuih untuk Datin.”ramah Puan Nor sambil
bersalaman dengan Datin Dayang.
“Alaa..kenapa nak susah-susah.Saja je singgah sini.Kebetulan saya
melawat anak lelaki saya kat Ampang.Alang-alang dah lalu depan rumah ni singgah
je la.”jawab Datin Dayang.Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk milik
Puan Nor.Sambil berbicara dengan Puan Nor matanya terpesona seketika melihat
hiasan rumah Puan Nor.Sungguh cantik.Dia sedikit iri hati melihat Puan Nor
begitu kreatif menjaga rumahnya yang besar tanpa mengupah pembantu rumah.
“Macam mana you boleh hias
rumah yang besar ni seorang diri.?Kemas,cantik,tak ada sedikit habuk pun I lihat.”pujinya sambil mencalit jarinya
di atas sebuah perabot yang diletakkan di sudut sofa yang dia duduk.
“Oh..segala susun atur rumah prabot dan deko rumah ni semua cadangan
anak perempuan saya.Dia memang kreatif kalau menghias rumah dan taman kat luar
sana pun semua idea dia.Saya cuma lap-lap habuk dan bersih-bersih semua perabot
ni kalau saya rajin.”jawab Puan Nor dengan penuh merendah diri.
“Anak perempuan you?Yang
mana ek?Last week i datang dia
tak ada kan?”tanya Datin Dayang dengan
penuh perasaan ingin tahu.
“Oh ye..lupa….” Puan Nor berjeda seketika untuk meletakkan teko air
dan cawan air sebelum dihidangkan kepada Datin Dayang.Dia meletakkan secawan
air kepada Datin sebelum meneruskan ayatnya.
“Anak perempuan saya yang baru habis belajar kat Ausralia tu la..Qaisara
Nasuha namanya.Rasanya saya pernah cerita kat Datin pasal anak perempuan saya
tu.Waktu Datin datang minggu lepas dia keluar.Bila Datin balik baru dia
balik.Tak sempat nak jumpa dengan dia.”terang Puan Nor panjang lebar.
‘oh..yang belajar kat Australia tu?Dia dah habis belajar ke?”tanya
Datin Dayang bertubi-tubi seakan-akan ingin lebih tahu tentang anak perempuan
Puan Nor ini.
“Ye,dah habis belajar pun Datin.”
“Mana dia?keluar ke?”tanya Datin Dayang lagi.Matanya melilau di
sekeliling rumah seakan mencari seseorang.
“Ha’ah.Dia keluar.Kejap lagi dia balik tu.”jawab Puan Nor perlahan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Haishh…kereta siapa la ni?”tanya Nasuha kebingungan.Dia terpaksa
parking kereta di luar perkarangan rumah kerana kereta Datin Dayang menghalang
Nasuha daripada masuk ke pagar rumah.
“Ni mesti kawan mama.Tak pun kawan papa.”dia berleter sebelum mematikan
enjin keretanya.Dia mencapai beg tangannya di tempat duduk sebelah pemandu.
“Ermmm…anak perempuan saya dah
balik dah rasanya.”kata Puan Nor sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke arah luar
rumah.Bunyi suis kereta milik Nasuha menyebabkan Puan Nor terperasan kepulangan
puteri kesayangannya.
“Assalamualaikum.Mama!”laung Nasuha dari luar rumah.Datin Dayang yang
hajatnya ingin minum air meletakkan semula cawan teh atas meja.Dia juga
seakan-akan menunggu anak perempuan Puan Nor.
“Waalaikummussalam..lambat balik”jawab Puan Nor penuh lembut sebagai
seorang ibu.
“Sorry mama.Jalan sesak.Ada traffic
jam.Sebab tu lambat sikit.Dia bersalam dengan ibunya. “Suha berhenti kat mall sekejap tadi.Teringin nak makan pavlova.”sambungnya lagi.
“Oh..tak apa la.Oh ye.Suha.. kenalkan ni kawan mama.Datin Dayang.Ingat
kan yang mama ceritakan ni.”
“Datin Dayang?”Dia buat-buat berfikir.Dia duduk di sebelah mamanya
sebelum menyambung lagi “ermmm.. ohh….ingat-ingat..Apa khabar,Datin?”sapa
Nasuha dengan ramah.
“Baik,Alhamdulillah..Amboi..Cantik anak perempuan you ni kan?Betul-betul mewarisi kecantikan mamanya”puji Datin
Dayang sambil tersenyum manis ke arah Nasuha.
“Alaa Datin.Tak adalah.Biasa-biasa je.”kata Puan Nor tersipu-sipu.
“Datin..” “Jangan panggil
saya Datin.Panggil je auntie.”pesan
Datin Dayang menyekat ayat Nasuha.Nasuha tersenyum dengan penuh sopan-santun
sebelum menyambung ayatnya yang disekat oleh Datin Dayang.
“Baik,Dat…errr..auntie .”
akur Nasuha terketar-ketar . “Auntie kerja
kat mana?Saya rasa macam kenal dengan auntie.
Tapi saya lupa kat mana.”dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Belum sempat Datin Dayang menjawabnya.Puan Nor terlebih dahulu
memotongnya. “Esh Suha ni.Boleh lagi tanya.Ni la Datin Dayang Haslinda,usahawan
terkenal dan pemilik company yang
besar kat Malaysia ni.
“Oh..pengusaha tudung Pearl Linda tu kan?”tanya Nasuha penuh excited.Dia memang pengikut setia tudung
keluaran syarikat Datin Dayang.Bahkan ,kesemua kedai cawangan Datin Dayang di
Malaysia ini pernah dikunjunginya dan hampir satu almari miliknya dipenuhi
dengan tudung keluaran Pearl Linda.
Datin Dayang ketawa kecil melihat Nasuha yang tersangat berminat ingin
tahu mengenai syarikatnya.
“Ye..Pearl Linda tu syarikat milik auntie
.Kenapa.. ?Suha pernah masuk ke kedai tu ke?”tanya Datin Dayang ingin
kepastian.
“Kalau auntie nak tahu,Suha
memang peminat no.1 tudung dan shawl kedai
auntie tu.Memang Suha suka sangat
dengan tudung-tudung kat situ.Dia punya design
semua cantik.”jawabnya sambil tersenyum sopan kepada Datin.
“Anak perempuan saya memang
suka beli tudung kat situ.Memang boleh dikatakan setiap kali ada pattern baru dia memang tak akan
ketinggalan nak beli tudung kat situ.”sambung Puan Nor penuh
bersungguh-sungguh.
“Oh ye ke?”Datin Dayang tersenyum bangga. “Tak sangka masih ada anak muda
macam Suha yang berminat dengan fesyen tudung.Memang auntie suka sangat dengan perempuan bertudung macam Suha.Memang
cantik kalau Suha bertudung.Nanti kalau ada kelapangan auntie nak ajak Suha pergi kat kedai auntie dan auntie boleh
ajar cara buat tudung.”
“Yeke auntie? Terima
kasih.Suha suka sangat.”
Datin Dayang hanya tersenyum manis kepada Nasuha sebagai tanda
sama-sama.Dia melihat jam di tangannya sebelum meminta izin untuk pulang.Dalam
masa beberapa minit sahaja Datin Dayang seperti berkenan dan sayang kepada
Nasuha.Dia terasa malas pulang ke rumahnya kerana masih teringin berbual
panjang bersama Nasuha.Dek kerana kekangan masa dan masih ada kerja yang harus
dilaksanakan dia terpaksa meminta izin untuk pulang dulu.
“Nanti kalau auntie free singgah-singgah
la kat sini ye?pelawa Nasuha penuh gembira.
“Insyaallah sayang.Auntie pasti
akan singgah sini kalau ada kelapangan”jawabnya lembut sambil mengusap lembut
pipi Nasuha.Tidak ubah seperti seorang
ibu yang membelai pipi anak perempuannya.Puan Nor hanya tersenyum melihat
kemesraan mereka sebelum bersalaman dengan Datin Dayang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mami,lambatnya mami balik.Mami dari mana ni?Risau
Ameerul.”tanya Ameerul sambil meluru ke arah maminya untuk bersalam dan
memimpin tangan maminya.
“Eh,Ameerul.Mami ingat Ameerul tidur rumah Ameerul and tak balik rumah hari ni.Sebab tu
Mami balik lambat. Mami dari rumah kawan mami kat Ampang tu.” “Meerul dah makan
ke?nanti mami suruh bibik siapkan makanan.”tanya Datin Dayang.
“Eh tak payah la mami.Mami rehat-rehat la dulu.Mami kan baru
balik.Lagipun malam ni Meerul nak keluar.Nak jumpa kawan kejap.”
“Nak jumpa kawan?”tanya
Datin Dayang kehairanan..Tak pernah-pernah pula anak lelakinya Qaish
Ameerul keluar malam.
“Yap mami.Dah lama tak keluar malam.Teringin juga nak
lepak-lepak dengan kawan-kawan.Selalunya time
ni Ameerul terperap kat office.Nanti dioarang cakap yang Ameerul
sengaja nak lari dari mereka.”
Datin Dayang tergelak kecil.Ada betulnya kata anak lelaki
tunggalnya itu.Sekali sekala biarlah dia keluar jumpa kawan-kawan.Kalau tak
memang waktu macam ni dia akan sibuk di pejabatnya.Memang tak akan selalu ada
masa lapang untuk jumpa kawan-kawannya.
“Yelah.Tapi jangan balik lambat sangat tau?”pesan Datin
Dayang.
“Ai ai kapten.”jawabnya sambil membuat tabik ke arah
maminya.Datin Dayang hanya menggeleng melihat telatah anak lelaki tunggalnya.
Dia mencium kedua-dua belah pipi Datin Dayang.Dari dulu
memang itu yang dilakukan oleh Ameerul sebelum keluar rumah.Dia memang sangat
manja dengan maminya kerana dari dulu sampai sekarang dia hanya tahu yang dia
dibesarkan oleh maminya.Segala duduk bangun syarikat hanya diusahakan oleh
maminya seorang diri sehingga berjaya seperti sekarang.Dia juga tidak mahu tahu
ke mana ayahnya sekarang kerana itu menambahkan lagi bencinya terhadap ayahnya
yang meninggalkan Datin Dayang semata-mata ingin mengahwini seorang gadis muda.
“Ameerul pergi dulu ye?”pamit Ameerul.Datin Dayang hanya
mengangguk perlahan dan tersenyum manis ke arah Ameerul.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ada la juga.Tapi aku diam je lah.Memang la seorang ibu nak
tengok anaknya kahwin dan hidup bahagia.Lagi-lagi aku ni anak tunggal
dia.Lagipun,aku bukan tak nak kahwin aku cuma nak mencari seseorang yang tepat
yang boleh menyayangi aku dan yang lebih penting boleh menyayangi mami aku
dengan seadanya.”kata Ameerul apabila ditanya mengenai perkahwinan.
“Ada je baii…kau je yang tak nak cari.Bai.. look ,kat KL ni banyak perempuan yang
macam kau nak.Tapi kalau just terperap
kat office,mana nak jumpa
baii.Perempuan tak akan cari kau tau.Tengok aku ni,akhir tahun ni insya ALLAH
naik pelamin.Kau dengan aku kau lebih famous
la.”kata Adam seolah-olah menyampaikan ceramah terhadap Ameerul.
“Kali ni aku setuju dengan kata Adam.Kau cukup pakej Ameerul.Anak
usahawan terkenal kat Malaysia.Lepas tu,kau director
besar kat syarikat pula.Belajar sampai overseas.Kalau
pasal rupa tu kau memang tak perlu fikir,sebab
dari dulu sampai sekarang memang menjadi pujaan semua gadis kat Malaysia
ni.Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku,kenapa kalau gadis cantik nak dekati
kau,kau jual mahal ek?Model terkenal tu,siapa nama…emm..hah ! Laila Damia pernah
tergila-gila kat kau,pun kau jual mahal.”kali ni Husyairi menyampuk.
“Laila Damia?Kau nak suruh aku layan.??Bai,nak cari pasangan
hidup tu,jangan cari perempuan yang hanya boleh menjadi peneman kau dalam dunia
ni.Yang memang dah tak ada life?Dah
sah-sah perempuan yang tinggi lampai macam dia tu bila diajak kahwin akan bagi
kau beribu-ribu alasan.try kau tanya
dia,nak ke dia kahwin and jadi
ibu?nanti dia akan cakap,nak jaga badan la.Takut menyusu bayi la.Takut badan
naik la.Last-last duit melayang tapi kahwinnya tak.Lagipun bai,aku nak cari
pasangan hidup bukan semata-mata nak bercinta lepas tu clash,then cari orang lain pula.Bila aku dah jumpa someone yang tepat,aku akan bawa dia
jumpa mami aku terus.”terang Ameerul panjang lebar.Mereka berdua hanya
mengangguk tanda setuju dengan pendapat Ameerul.
“Betul bai.Aku
setuju.”kata Adam sambil menepuk belakang Ameerul.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hello,Assalamualaikum,Puan Nor.”sapa Datin Dayang di hujung
talian.
“Waalaikummusalam..Oh Datin Dayang.Ada apa ye?”tanya Puan
Nor.
“Macam ni Nor.Saya fikir esok pagi nak ajak Nor pergi
jogging.Ermm.kalau boleh ajak Nasuha sekali.Dah lama tak pergi jogging sekali
kan?”.
“oh..Ye.Tak ada masalah Datin.Saya pun memang teringin
sangat nak pergi jogging.Nanti saya cuba cakap dengan Suha.”
“Ok..pagi esok kita jumpa kat tempat biasa ye?”
“Baik Datin. Okey..waalaikummussalam”jawabnya sambil
meletakkan talian.Dia tersengih gembira melihat keakraban yang Datin Dayang
wujudkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mami! Belum tidur
lagi ke?”sapa Ameerul dari dapur.
“Belum..Mami cari Ameerul……Baru balik ke?”tanya Datin
Dayang.
“Ye mami.Ameerul baru balik.Minum air kejap kat dapur tadi.Mami
cari Ameerul kenapa?”
“Tak adalah.Mami Cuma nak ajak Ameerul pergi jogging esok.Dah
lama rasa tak jogging.Lengan mami pun dah naik kendur ni”katanya smbil
menunjukkan bawah lengannya kepada Ameerul.
“Mana-mana? Iyelah..teruk ni mami.Ok..Nanti esok kita
jogging ye?katanya sambil menyakat Datin Dayang.
“ok.Bangun awal tau esok.Jangan lupa pula.”pesan Datin
Dayang .
“Iye mami.”jawabnya ringkas sambil tersenyum manja ke arah
maminya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang dijanjikan,Nasuha dan Puan Nor tiba di tempat
yang dijanjikan.Nasuha meletakkan kereta di tempat yang sedikit jauh kerana
parking hari ni sudah dipenuhi kereta.Maklumlah,hujung-hujung minggu begini
memang tempat ni selalu dipenuhi ramai orang.
Setelah mematikan enjin , perut Nasuha tiba-tiba sakit .Dia
menggosok-gosok perutnya.Dia melilau-lilau mencari tandas yang berdekatan.Sudah
tidak boleh ditahan lagi.
“Mama pergi jumpa Datin dulu.Suha nak ke toilet kejap.Perut
Suha memulas la.”
“Haii…macam mana boleh memulas pula?Kamu makan apa pagi
tadi?”
“Tak tahu la mama.Alaa..Mama pergi la jumpa Datin dulu.Kejap
lagi Suha pergi.”
‘Ermm..yelah.Cepat sikit tau?”
“Ye mama..”jawabnya sambil berlari-lari anak mencari
toilet.Entah kenapa perutnya tiba-tiba memulas.Rasanya dia makan roti bakar
yang dihidangkan mamanya pagi tadi sebelum turun dari rumah.
“Hai Datin.”
“Oh..Nor.Eh,mana Nasuha?Tak datang ke?”tanya Datin Dayang.
“Dia datang.Tapi dia ke toilet kejap.Tiba-tiba pula perut
dia memulas.”kata Puan Nor sambil ketawa kecil.
“Oh ye ke?Kesian dia.Eh duduk la dulu.Ada ke patut berdiri
kat situ.”pelawa Datin Dayang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------“Dear
stomach,time ni la kau nak
menyusahkan aku.Orang datang nak berjoging kau sibuk nak
memulas.Tengok,sekarang ni auntie dengan
mama aku dah tunggu.Mesti lama dia tunggu.Huh!”bebelnya.Disebabkan terlalu
ralik bermonolog,dia terlanggar seseorang.
“Aduhhh…sakitnya.Eh,jalan tak nampak orang ke?”marah Nasuha
selpeas dilanggar lelaki yang tak dikenali.
“Excuse me.You tu
jalan tak tengok orang.Gila ke apa cakap sorang-sorang?jawab Ameerul tak puas
hati.
“Halloo…suka-suka hati je ek cakap orang gila?dah la langgar
orang,tapi tak tahu nak minta maaf.”
“Macam mana saya nak minta maaf?Belum saya cakap apa-apa
awak dah marah-marah saya.Saya cuma boleh cakap minta maaf dekat perempuan yang
ada budi bahasa,bukan dekat perempuan yang tahu nak marah-marah orang macam
awak ni.”kata Ameerul sebelum beredar.
“What?? Kurang ajar punya orang.Dua kali kau hina aku ek?ok
fine..kalau aku jumpa kau lagi selepas ni,siap kau!”katanya tapi tak pasti
samada Ameerul dengar atau tidak.Dia menggosok-gosok lengannnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Mama,auntie sorry
lambat.”kata Nasuha termengah-mengah.
“Tak apa Nasuha.Ni kenapa termengah-mengah ni?”tanya Datin
Dayang.
“Nasuha berlari sebab takut auntie dengan mama tunggu
lama.”jawabnya.
‘Esh..tak apa la Suha.Oh ye Suha.Kenalkan ni anak lelaki
auntie Qaish Ameerul.”kenal Datin Dayang kepada Nasuha.
“Hai…..say…”Nasuha berhenti seketika melihat lelaki yang
dikenalkan Datin Dayang.Seperti lelaki yang sangat dikenalinya.
“Hai..”jawab lelaki itu bersahaja.Dia tersenyum sindir ke
arah Nasuha . “Ahhh,lelaki nilah yang langgar aku tadi.”bisiknya dalam hati.Dia
hanya tersenyum ke arah lelaki itu.
“Suha,tak nak kenalkan nama ke ?”tegur Puan Nor apabila
melihat anak perempuannya hanya melontakan senyuman ke arah lelaki itu.
“Oh..err…Saya Qaisara Nasuha.”kenalnya sambil tersenyum tidak
ikhlas ke arah lelaki itu.Kalau tidak difikirkan Datin Dayang dan Puan Nor ada
di situ mahu saja dia sepak,terajang lelaki ini.Dahlah maki-maki orang boleh
pula tersenyum-senyum buat tak bersalah.Dia menghela nafas yang panjang.
“Nor,jom pergi kat taman sana sekejap.”ajak Datin Dayang
sambil membuat isyarat mata supaya meninggalkan mereka berdua bersendirian.
“er..oh..ye2..jom..kat taman sana cantik kan?”.Isyarat mata
Datin Dayang berjaya ditangkap oleh Datin Dayang.Mereka sengaja meninggalkan
Nasuha dan Ameerul bedua-duaan supaya mereka boleh mengenali antara satu sama
lain.
“Mama…mama nak pergi mana ?Tak kan nak tinggalkan Suha
sorang-sorang kat sini?”tanya Nasuha
“Alaa..korang kenal-kenal la dulu.Borak-borak..kitorang
pergi tak lama pun.Tak payah risau lah.”jawab Datin Dayang.Puan Nor hanya
mengangguk pantas tanda setuju dengan Datin Dayang.
Mereka meninggalkan Nasuha yang kebingungan sambil
diperhatikan oleh Ameerul.Tak pernh-pernah mamanya berani meninggalkan dia
dengan lelaki brdua-duaan macam ni.Ni mesti ada muslihat yang dirancang oleh
mereka.
“Sejak bila awak kenal dengan mami saya?Dah lama ek?”tegur
Ameerul apabila melihat Nasuha yang seperti tidak puas hati apabila
ditinggalkan mamanya.Dia mengambil tempat di sebuah bangku yang jaraknya tidak
terlalu jauh dengan Nasuha.Nasuha yang berada di sebelahnya ditenung
olehnya.Sungguh cantik gadis yang berada di tepinya.Walaupun
bertudung,komodenan dalam diri gadis itu tetap ada.
“Err…. Saya dengan Auntie Dayang baru je kenal.Mama saya
yang kenal lama mami awak.Diorang kawan dah lama.”jawab Nasuha mendatar.cuba
membiasakan diri untuk bercakap dengan lelaki itu.
“Oh ye ke?Emmm…saya nak minta maaf sebab kasar-kasar dengan
awak tadi.Tu bukan saya yang sebenarnya.”
“Oh.erm.Saya ok jer.Saya pun kasar-kasar dengan awak
tadi.Saya minta maaf.”jawab gadis itu penuh sopan.Tak pernah-pernah dia jadi
kaku begini apabila bercakap dengan lelaki.Biasanya,dia paling bising kalau
bersama dengan kawan-kawannya.
“Awak la pemilik syarikat terbesar kat Malaysia ni
kan?Bertuah mami awak.Ada anak yang bijak macam awak.”sambungnya lagi.
“Esh..Tak ada la.Semua ni adalah berkat dan dorongan dari
mami saya sendiri.Yang bijak ialah mami saya.Bukan saya.Kalau awak tengok
syarikat yang membangun ni ialah hasil daripada usaha mami saya seorang
diri.Saya hanya menyambung tenaga mami saya.Dulu,kami tidak sesenang ni.Mami
saya hanya suri rumah sepenuh masa.Daddy saya yang berniaga sampailah dia berjaya.Tapi
sekarang,selepas mempunyai pangkat Dato’ terus lupa kami sekeluarga and kahwin
lain.Since from that,mami tekad untuk membangunkan semula segala perniagaan
yang hampir runtuh sejak ditinggalkan daddy saya.Hasilnya,segala perniagaan
yang dibangunkan oleh mami lebih berjaya daripada waktu daddy saya jalankan
perniagaan ni.”
“Oh..Jadi syarikat tudung yang mami awak usahakan sekarang
ni adalah asalnya dari daddy awak?”tanya Nasuha yang sepertinya sangat berminat
dengan cerita Ameerul.
Ameerul tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaan Nasuha.
“Ya.Tapi syarikat tu sebelum ni tidak sebesar syarikat ni sekarang.Dulu,ianya
sebuah kedai yang kecil sahaja .Tapi terkenal juga la waktu dulu.”jawabnya.
“Oh.Baru saya faham.Tapi kalau bukan dengan bantuan awak
juga,mami awak tak akan berjaya seperti ni.Betul tak?”tanya Nasuha sambil
tersenyum kea rah Ameerul.
“Mungkin la kot.”jawabnya ringkas sebelum kedua-duanya
tergelak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ameerul suka dengan Nasuha ?”tanya Datin Dayang ingin
kepastian.Dia mengambil tempat di tepi Ameerul.
“Amboi..mami..masuk ni dah tiga kali mami tanya Ameerul
soalan yang sama.Mami nak tahu sangat ke?”tanya Ameerul yang sedang menonton
televisyen.Lantang televisyen itu diperlahan sedikit untuk memberi perhatian
kepada maminya.Dia sudah tahu kalau maminya buka topik ni memang televisyen pun
dah tak boleh diberi perhatian lagi.
“Mestilah Ameerul.Mami nak tahu sebab sejak Ameerul bercakap
dengan budak tu,Ameerul selalu senyum-senyum.Ameerul pun gelak-gelak dengan dia
semalam kan?”tanya Datin Dayang.
“Sebenarnya,memang Ameerul suka bercakap dengan dia.Dia
seorang yang memahami.Bukan macam perempuan yang selalu Ameerul kenal.Dia jenis
lain sikit.Seorang yang ceria.Cakap pun banyak.”jawab Ameerul.
Maminya tergelak kecil. “Betul la mami.Seronoklah dapat
berborak dengan perempuan macam dia.”sambungnya lagi apabila melihat maminya
tergelak.
“Iye.Mami tahu.Sebab tu mami gelak.Ameerul suka dia tu suka
yang macam mana?tanya Datin Dayang ingin lagi kepastian.
“Suka macam Ameerul suka kawan Ameerul la.Kenapa?”tanya
Ameerul
“Kawan je?Hmm..xpelaa kalau macam tu.Mami naik atas dulu la
ek?Badan rasa penat.”
“Ok mami.Mami rehat-rehat dulu ek ?”
Datin Dayang hanya berlalu tanpa menjawab.Dia seperti
seperti tidak semangat mendengar jawapan anak terunanya itu.Punah segala
harapan untuk bermenantukan Nasuha.
Hakikatnya Ameerul saja ingin menyakat maminya itu.Di memang
sudah terjatuh hati dengan Nasuha.Siapa yang tak cair dengan Perempuan yang
penuh sopan santun macam Nasuha.
“Mami jangan risau.Ameerul memang dah jatuh hati dengan
Nasuha.Nasuha akan masuk dalam family ini.Soon.Isyaallah.”Ameerul bermonolog
sebelum menyambung menonton televisyen yang tergendala.
Monday, 30 March 2015
Kau Ditakdirkan Untuk Aku
BAB 1
“Mama suka
dengan lelaki tu.Baik,pandai dan hormat orang tua.Susah nak cari lelaki macam
dia sekarang ni.Lelaki zaman sekarang semua buaya.Nak kan anak orang tapi tak
tahu menghormati orang tua.”omel Puan Nor sambil tangannya tidak berhenti
mengelap perabot antik rumahnya.
Nasuha yang sedari tadi sedang melayan tayangan kesayangannya hanya
mampu mengangguk tapi tidak pasti mahu mengangguk setuju atau tidak mendengar
radio siaran ulangan ibunya.Mahunya tidak,setiap kali balik cuti hanya ayat
sama yang didengarinya.Sampai kadang-kadang dia sudah naik jelak dan hanya
mampu mengangguk tanda ya atau tidak.Lelaki yang dimaksudkan oleh Puan Nor ialah
anak rakan baiknya Datin Dayang yang kali ni entah lelaki yang keberapa cuba dipromote kepadanya.Hakikatnya lelaki yang dikatakan ‘baik’ oleh
mamanya itu adalah sebaliknya.Dia menghela nafas yang panjang sebelum menunggu
mamanya menyambung lagi.
“Kalau Suha nk cari calon suami tanya mama dan papa dulu.Anak muda macam
kamu bukan boleh kira sangat.Bila dah naik angau bercinta lelaki kaki kelab pun
sanggup dijadikan suami.”sambungnya lagi dan kali ni mengambil tempat di tepi Nasuha
sambil di tangannya memegang pasu bunga yang kecil untuk dilap.
Seperti kebiasaanya,Nasuha hanya mengangguk tapi kali ni dia terasa
ingin membantah dengan ibunya.Ada ke patut nak cari calon suami kena tanya boss
dulu a.k.a mama dengan papa.
“Mama,mana boleh macam tu.This is not fair.Suha nak juga cari sendiri
calon suami.Sebab Suha pun ada taste
Suha sendiri la mama.”bantah Nasuha.
“Banyak la kau punya taste.Taste tak taste.Kau kena ingat pesan mama
ni.Jangan tahu nak bercinta tapi tak tahu hati budi orang tu.Ingat,kalau nak
anak kita punya akhlak yang baik,ibubapa pun kena ada akhlak yang baik.Terutama
si suami yang kena bertanggungjawab mendidik anak dan isteri.Faham Qaisara
Nasuha yang mama sayangi?”
“Ermmm…..yela mama.”jawabnya perlahan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Suha! Bangun ! esh anak dara apa la kamu ni.Tak reti nak bangun
lagi.Matahari dah mencacak atas kepala dah tu.Bangun !”teriak mamanya sambil
menepuk-nepuk punggung Nasuha .Puan Nor menarik selimut Nasuha.
“Alaa mama.Tak kasi orang rest langsung.Time cuti macam ni la Suha nk
rehat kejap.”rungut Nasuha sambil menarik selimut menutupi separuh badannya.
“Nak rehat apanya.Sekarang ni dah pukul berapa?Orang lain dah get ready
nak makan lunch tapi kau nak membuta lagi.?Dah,sekarang bangun.Teman mama pergi
pasar kejap.Mama nak cari barang nak makan tengahari.Cepat siap ! mama tunggu
kat bawah .
“Abang kan ada.Kenapa tak ajak dia?Mama ni.Manjakan sangat dengan abang
tu.”omel Nasuha sambil matanya masih tertutup rapat.
“Eh budak bertuah ni.Abang kamu tu lelaki.Tak kan mama nak ajak dia
teman mama pergi pasar.Nanti orang cakap anak perempuan mama ni pemalas.Ada
anak perempuan tapi ajak anak lelaki pergi pasar.Dah ..mama kata bangun .”tegas
tapi manja sambil menampar-nampar lembut pipi anak perempuannya.
“Yela mama.Kejap lagi Suha bangun.Okei mama?”
“Okei..Mama tunggu kat bawah.Cepat sikit.”pesan Puan Nor sambil mengatur
langkah keluar bilik.
Nasuha mencapai pantas tuala mandi dan mengatur langkah yang perlahan ke
bilik air.Jika dilayan matanya yang masih mengantuk mahu saja dia membaringkan
badannya atas katil.Tapi demi memenuhi permintaan mamanya yang tersayang,matanya
yang mengantuk terpaksa ditahan buat seketika.
Usai mandi dia mengenakan kemeja bersama jeans kuning dan tudung kuning cair yang dibelit seperti
selendang.Dia menyapu sedikit lip gloss di
bibir pinknya untuk memastikan dia tidak kelihatan pucat.Setelah memastikan
dirinya betul-betul sempurna di depan cermin,dia mencapai beg tangannya lalu
bergegas turun ke bawah kerana takut mamanya dibiarkan menunggu terlalu lama.Di
bawah,ibunya masih belum kelihatan di ruang tamu.Fikirnya,Puan Nor mungkin
belum lagi bersiap.Memang sudah masak dengan mamanya itu,setiap kali ingin
bersiap untuk keluar,Puan Nor memang akan mengambil masa yang sedikit lama. Dia
tersenyum manis melihat abangnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu
rumahnya.
“Abang! Tak kerja ke?” sapa Nasuha sambil mengambil tempat di tepi
abangnya.Matanya tertumpu pada televisyen.Agaknya cerita apa yang ditonton
abangnya.
“Tak adik.Hari ni abang cuti.Ni yang kamu bersiap cantik-cantik ni nak
pergi mana?nak keluar shopping ek?”tanya
Qayyum.
“Tak la abang.Nak teman mama ke pasar kejap.Mama mana?belum siap lagi
ke?”tanya Nasuha.
“Oh..belum lagi la tu.Tak akan la Suha tak kenal mama.Kalau bersiap
memang mengalahkan anak dara.Tengok la nanti bila mama keluar bilik.Macam mak
datin la agaknya”.
Nasuha hanya ketawa kecil dengan lawak abangnya.Nak tak nak memang dia
kena akui apa yang abangnya cakap.Dia terperasan yang sekarang ni perangai
ibunya sedikit diwarisi olehnya.Tapi fikirnya itu benda biasa bagi remaja
sepertinya tapi luar biasa bagi wanita macam mamanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kamu bila nak fikir pasal kahwin?Anak-anak kawan mama semuanya sudah
beranak-pinak di umur kamu.Mama dulu pun waktu umur kamu ni abang kamu dah nak
merangkak.Mama pun belajar macam kamu juga.Tak salah berumah tangga sambil
belajar.
“Kahwin?Ya Allah mama ni.Suha masih belajar lagi la mama.Lagi setahun
nak graduate.Tak akan dah nak fikir
pasal kahwin.Esh mama ni.”komen Nasuha seakan tidak puas hati.
“Yela ..mama tahu..Tapi tak salah kalau kahwin waktu belajar.Mama ni tak
akan selalu sihat.Bila-bila masa sahaja mama akan menghadap Ilahi.Nanti
kempunan mama nak makan nasi minyak di majlis kahwin anak perempuan mama.
“Mama ni..mengarut je.Buat masa ni biarlah Suha focus on study
dulu.Kalau mama nak makan nasi minyak tunggu nasi minyak abang.Mana boleh
langkah bendul mama.Tak elok.”kata Suha sambil tersenyum manja ke arah mamanya.
“Kat tempat belajar kamu tak ada ke lelaki yang cuba nak mengorat
kamu?”tanya mamanya lagi.
Dia cuma menggeleng dengan mulutnya sedikit terjuih.Matanya hanya
tertumpu pada jalan raya dan kereta di
depan kereta yang dipandunya.Fikirannya melayang entah ke mana.Entah fokus entah
tidak dengan perkara yang dibincangkan oleh mamanya.Setiap kali topik ni yang
dicakap mamanya dia mesti akan naik
bosan.
“Boleh-boleh..kau kat mana?”
“Okey.Kejap lagi aku sampai” kata Suha sambil menamatkan talian.
Dia sedikit gembira apabila rakan baiknya yang juga merupakan classmate dia,Rara datang KL untuk
berjumpa dengannya.Nak menunggunya datang ke JB memang mustahil la
agaknya.Untung saja Rara jenis orang yang tidak kisah memandu dari JB ke KL.Dress kuning dengan selendang berwarna gold menjadi pilihannya dengan hanya mengenakan make-up yang nipis di mukanya.Usai membelek-belek tudung dan
mengenakan sentuhan terakhir di mukanya,dia bergegas turun ke bawah.Tetapi,dia
tidak terus ke keretanya tapi ke dapur untuk mencari ibunya.Ibunya yang
kelihatan sibuk di dapur terkejut apabila Nasuha memeluknya dari belakang.
“Aii mama…Tak kan dah terkejut kut?”tanya Nasuha sambil ketawa kecil.
“Kamu ni.Mestilah mama terkejut.Yang kamu cantik-cantik ni nak ke
mana?”tanya Puan Nor kebingungan.
“Oh..Emm…Mama kenal Rara kan?..dia datang sini.Suha ingat nak pergi
jumpa dia la ni..Suha pergi dulu ye mama?Dah lama dah menunggu tu.”pamit Nasuha
“Yela.Kirimsalam kt dia.Hati-hati bawa kereta.”pesan Puan Nor sambil
menyambut tangan Nasuha untuk bersalam.
“Hai..dah lama sampai?”tegur Nasuha sambil mencium kedua-dua pipi Rara.
“Tak ada la.Baru je.Duduk la.”pamit Rara.Nasuha mengambil tempat di
hadapan Rara.
“Kau sihat?macam mana boleh tersesat kat KL ni?Biasanya,kalau aku ajak
kau datang sini memang banyak alasan kau kan?”tanya Nasuha.
“Tak akan la nak datang KL tengok kawan pun tak boleh.?Lagipun aku ada
kerja kat sini.Alang-alang dah datang sini ni aku jumpa kau la.”
“Kau ada kerja apa kat sini?”tanya Nasuha seakan kebingungan.Kerja apa
yang dimaksudkan Rara?Tak akan dia tak tahu?.
“Kau ingat tak dulu,aku pernah cerita kat kau pasal lelaki yang mak aku
nak jodohkan dengan aku”tanya Rara sambil tersenyum nipis kepada Nasuha.
“Ermm…ingat.Daniel ke?Kenapa dengan dia?”tanya Nasuha lagi.
“Ni yang aku nak cerita kat kau ni.Sebenarnya,my mom dah setuju nak
kahwinkan aku dengan dia.Aku datang sini pun nak cari barang kat sini.Barang
kahwin.”
“What??? Seriously??? Kau biar betul Rara.?”
Rara tergelak besar melihat gelagat Nasuha yang benar-benar tekejut.
“Betul la.aku tak tipu kau pun.Tak percaya kau tanya mak aku.”terang Rara
sambil menghirup air carrotmilk yang
dihidangkan sebentar tadi.
“Tapi.Kau juga yang cakap yang kau tak nak kahwin dengan lelaki pilihan
mak kau?you want to marry with your
choice,right?”
“Memang la.Tapi kadang-kadang aku terfikir.Pilihan mak selalunya yang
terbaik.Lagipun dia baik orangnya.Peramah,kerja besar,handsome pula tu.Muka dia
akan-akan Justin Bieber.Aku suka.”kata Rara sambil tersenyum gedik.
“Kau dah habis fikir ke?Kau still ada setahun nak habis belajar
kan?”tanya Nasuha.
“Yap.Aku dah habis fikir dah.Memang aku ada lagi setahun nak graduate tapi benda baik tak perlu
ditangguh lama-lama kan?Lagipun tahun depan dia dah abroad .So,dia nak cepatkan pernikahan kitorang.”terangnya.
“Oh..dah ni pilihan kau aku nak cakap macam mana lagi.Tapi kau jangan
lupa tau,jadikan aku pengapit kau.”kata Nasuha sambil tergelak kecil.
“Itu sudah pasti kawan.”katanya lagi sambil tersenyum manis ke arah
rakan baiknya itu.
Dear bloggers,
My name is Anis Nasuha . I'm from Uitm Melaka.Jurusan Komunikasi Dan Media. Banyak yang i dengar about this Uitm.Tempat ni keraslah, tempat ni sosial lah,banyak kes kena tikam ,bunuh2.Pukau memukau.Macam2 lg laa..Tipu la kalau i cakap sebelum i datang sini i tak takut.Pernah tau nangis2 sebab xnak datang sini ..But that's is old stories.Malas nak ingat balik.Balik kepada cerita yang aku nak citer.About kos yang aku amik ni.Komunikasi dan Media or lebih dikenali sebagai Masscom ! First i datang sini ,i heard from senior yg masscom ni is the famous course kat Uitm Lendu.Al maklumlah ,,masscom ni is the base for those who want to be an artists or whatever .Kalau pasal tu i sendiri tak nafikan .Try you datang sini ,budak masscom ni memang tersangatlah femes and cantik ! mengalahkan artis you alls ............Tak kurang jugalah ada sesetengah orang yang mengatakan kalau budak masscom ni banyak yang culture shock . Ahh !! forget about them ! the truth is ni bukan salah course or tempat belajar ni tapi budak tu sendiri.Perlu ke macam tuh ?ambil kos ni sebab nak femes or nak culture shock ...Arghhhh!! bosan betul kalau nak diceritakan pasal culture shock ni.Memang sampai esok tak habis.Actually , perkara ni memang terjadi kat orang di sekeliling i sendiri.I malas nak cerita lebih-lebih.
Sebenarnya,kos ni menarik kalau kita tahu lebih dalam about this course.i tak boleh nak nafikan yang kos ni dekat dengan dunia tv or artis .That's why i loves this course very much !! hahahaahaha ...just joking ...so, jangan takut kalau nak pilih kos ni ..Kos ni memang the best laa..... I bukan nak promote pasal kos ni tapi just in case kalau ada yang nak memilih kos ni tapi still ragu-ragu.Lebih-lebih lagi kalau ade yang cerita bukan-bukan psal kos ni.I tak nafikan cerita tu.Tapi it's depends on us.Kalau fikirnya singkat ,udah tentu dong jadi culture shock.!!! Hahahahaha..
Jangan lupa untuk ikuti novel yang ditulis oleh i sendiri "Kau Ditakdirkan Untuk Aku."
Akan sentiasa dipublish chapter by chapter..
..........Okebaiiiiiiii
My name is Anis Nasuha . I'm from Uitm Melaka.Jurusan Komunikasi Dan Media. Banyak yang i dengar about this Uitm.Tempat ni keraslah, tempat ni sosial lah,banyak kes kena tikam ,bunuh2.Pukau memukau.Macam2 lg laa..Tipu la kalau i cakap sebelum i datang sini i tak takut.Pernah tau nangis2 sebab xnak datang sini ..But that's is old stories.Malas nak ingat balik.Balik kepada cerita yang aku nak citer.About kos yang aku amik ni.Komunikasi dan Media or lebih dikenali sebagai Masscom ! First i datang sini ,i heard from senior yg masscom ni is the famous course kat Uitm Lendu.Al maklumlah ,,masscom ni is the base for those who want to be an artists or whatever .Kalau pasal tu i sendiri tak nafikan .Try you datang sini ,budak masscom ni memang tersangatlah femes and cantik ! mengalahkan artis you alls ............Tak kurang jugalah ada sesetengah orang yang mengatakan kalau budak masscom ni banyak yang culture shock . Ahh !! forget about them ! the truth is ni bukan salah course or tempat belajar ni tapi budak tu sendiri.Perlu ke macam tuh ?ambil kos ni sebab nak femes or nak culture shock ...Arghhhh!! bosan betul kalau nak diceritakan pasal culture shock ni.Memang sampai esok tak habis.Actually , perkara ni memang terjadi kat orang di sekeliling i sendiri.I malas nak cerita lebih-lebih.
Sebenarnya,kos ni menarik kalau kita tahu lebih dalam about this course.i tak boleh nak nafikan yang kos ni dekat dengan dunia tv or artis .That's why i loves this course very much !! hahahaahaha ...just joking ...so, jangan takut kalau nak pilih kos ni ..Kos ni memang the best laa..... I bukan nak promote pasal kos ni tapi just in case kalau ada yang nak memilih kos ni tapi still ragu-ragu.Lebih-lebih lagi kalau ade yang cerita bukan-bukan psal kos ni.I tak nafikan cerita tu.Tapi it's depends on us.Kalau fikirnya singkat ,udah tentu dong jadi culture shock.!!! Hahahahaha..
Jangan lupa untuk ikuti novel yang ditulis oleh i sendiri "Kau Ditakdirkan Untuk Aku."
Akan sentiasa dipublish chapter by chapter..
..........Okebaiiiiiiii
Subscribe to:
Posts (Atom)