Monday, 30 March 2015

Kau Ditakdirkan Untuk Aku

BAB 1
“Mama suka dengan lelaki tu.Baik,pandai dan hormat orang tua.Susah nak cari lelaki macam dia sekarang ni.Lelaki zaman sekarang semua buaya.Nak kan anak orang tapi tak tahu menghormati orang tua.”omel Puan Nor sambil tangannya tidak berhenti mengelap perabot antik rumahnya.
Nasuha yang sedari tadi sedang melayan tayangan kesayangannya hanya mampu mengangguk tapi tidak pasti mahu mengangguk setuju atau tidak mendengar radio siaran ulangan ibunya.Mahunya tidak,setiap kali balik cuti hanya ayat sama yang didengarinya.Sampai kadang-kadang dia sudah naik jelak dan hanya mampu mengangguk tanda ya atau tidak.Lelaki yang dimaksudkan oleh Puan Nor ialah anak rakan baiknya Datin Dayang yang kali ni entah lelaki yang keberapa cuba dipromote kepadanya.Hakikatnya lelaki yang dikatakan ‘baik’ oleh mamanya itu adalah sebaliknya.Dia menghela nafas yang panjang sebelum menunggu mamanya menyambung lagi.
“Kalau Suha nk cari calon suami tanya mama dan papa dulu.Anak muda macam kamu bukan boleh kira sangat.Bila dah naik angau bercinta lelaki kaki kelab pun sanggup dijadikan suami.”sambungnya lagi dan kali ni mengambil tempat di tepi Nasuha sambil di tangannya memegang pasu bunga yang kecil untuk dilap.
Seperti kebiasaanya,Nasuha hanya mengangguk tapi kali ni dia terasa ingin membantah dengan ibunya.Ada ke patut nak cari calon suami kena tanya boss dulu a.k.a mama dengan papa.
“Mama,mana boleh macam tu.This is not fair.Suha nak juga cari sendiri calon suami.Sebab Suha pun ada taste Suha sendiri la mama.”bantah Nasuha.
“Banyak la kau punya taste.Taste tak taste.Kau kena ingat pesan mama ni.Jangan tahu nak bercinta tapi tak tahu hati budi orang tu.Ingat,kalau nak anak kita punya akhlak yang baik,ibubapa pun kena ada akhlak yang baik.Terutama si suami yang kena bertanggungjawab mendidik anak dan isteri.Faham Qaisara Nasuha yang mama sayangi?”
“Ermmm…..yela mama.”jawabnya perlahan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Suha! Bangun ! esh anak dara apa la kamu ni.Tak reti nak bangun lagi.Matahari dah mencacak atas kepala dah tu.Bangun !”teriak mamanya sambil menepuk-nepuk punggung Nasuha .Puan Nor menarik selimut Nasuha.
“Alaa mama.Tak kasi orang rest langsung.Time cuti macam ni la Suha nk rehat kejap.”rungut Nasuha sambil menarik selimut menutupi separuh badannya.
“Nak rehat apanya.Sekarang ni dah pukul berapa?Orang lain dah get ready nak makan lunch tapi kau nak membuta lagi.?Dah,sekarang bangun.Teman mama pergi pasar kejap.Mama nak cari barang nak makan tengahari.Cepat siap ! mama tunggu kat bawah .
“Abang kan ada.Kenapa tak ajak dia?Mama ni.Manjakan sangat dengan abang tu.”omel Nasuha sambil matanya masih tertutup rapat.
“Eh budak bertuah ni.Abang kamu tu lelaki.Tak kan mama nak ajak dia teman mama pergi pasar.Nanti orang cakap anak perempuan mama ni pemalas.Ada anak perempuan tapi ajak anak lelaki pergi pasar.Dah ..mama kata bangun .”tegas tapi manja sambil menampar-nampar lembut pipi anak perempuannya.
“Yela mama.Kejap lagi Suha bangun.Okei mama?”
“Okei..Mama tunggu kat bawah.Cepat sikit.”pesan Puan Nor sambil mengatur langkah keluar bilik.
Nasuha mencapai pantas tuala mandi dan mengatur langkah yang perlahan ke bilik air.Jika dilayan matanya yang masih mengantuk mahu saja dia membaringkan badannya atas katil.Tapi demi memenuhi permintaan mamanya yang tersayang,matanya yang mengantuk terpaksa ditahan buat seketika.
Usai mandi dia mengenakan kemeja bersama jeans kuning  dan tudung kuning cair yang dibelit seperti selendang.Dia menyapu sedikit lip gloss di bibir pinknya untuk memastikan dia tidak kelihatan pucat.Setelah memastikan dirinya betul-betul sempurna di depan cermin,dia mencapai beg tangannya lalu bergegas turun ke bawah kerana takut mamanya dibiarkan menunggu terlalu lama.Di bawah,ibunya masih belum kelihatan di ruang tamu.Fikirnya,Puan Nor mungkin belum lagi bersiap.Memang sudah masak dengan mamanya itu,setiap kali ingin bersiap untuk keluar,Puan Nor memang akan mengambil masa yang sedikit lama. Dia tersenyum manis melihat abangnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.
“Abang! Tak kerja ke?” sapa Nasuha sambil mengambil tempat di tepi abangnya.Matanya tertumpu pada televisyen.Agaknya cerita apa yang ditonton abangnya.
“Tak adik.Hari ni abang cuti.Ni yang kamu bersiap cantik-cantik ni nak pergi mana?nak keluar shopping ek?”tanya Qayyum.
“Tak la abang.Nak teman mama ke pasar kejap.Mama mana?belum siap lagi ke?”tanya Nasuha.
“Oh..belum lagi la tu.Tak akan la Suha tak kenal mama.Kalau bersiap memang mengalahkan anak dara.Tengok la nanti bila mama keluar bilik.Macam mak datin la agaknya”.
Nasuha hanya ketawa kecil dengan lawak abangnya.Nak tak nak memang dia kena akui apa yang abangnya cakap.Dia terperasan yang sekarang ni perangai ibunya sedikit diwarisi olehnya.Tapi fikirnya itu benda biasa bagi remaja sepertinya tapi luar biasa bagi wanita macam mamanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kamu bila nak fikir pasal kahwin?Anak-anak kawan mama semuanya sudah beranak-pinak di umur kamu.Mama dulu pun waktu umur kamu ni abang kamu dah nak merangkak.Mama pun belajar macam kamu juga.Tak salah berumah tangga sambil belajar.
“Kahwin?Ya Allah mama ni.Suha masih belajar lagi la mama.Lagi setahun nak graduate.Tak akan dah nak fikir pasal kahwin.Esh mama ni.”komen Nasuha seakan tidak puas hati.
“Yela ..mama tahu..Tapi tak salah kalau kahwin waktu belajar.Mama ni tak akan selalu sihat.Bila-bila masa sahaja mama akan menghadap Ilahi.Nanti kempunan mama nak makan nasi minyak di majlis kahwin anak perempuan mama.
“Mama ni..mengarut je.Buat masa ni biarlah Suha focus on study dulu.Kalau mama nak makan nasi minyak tunggu nasi minyak abang.Mana boleh langkah bendul mama.Tak elok.”kata Suha sambil tersenyum manja ke arah mamanya.
“Kat tempat belajar kamu tak ada ke lelaki yang cuba nak mengorat kamu?”tanya mamanya lagi.
Dia cuma menggeleng dengan mulutnya sedikit terjuih.Matanya hanya tertumpu pada jalan raya  dan kereta di depan kereta yang dipandunya.Fikirannya melayang entah ke mana.Entah fokus entah tidak dengan perkara yang dibincangkan oleh mamanya.Setiap kali topik ni yang dicakap mamanya dia mesti akan  naik bosan.



“Boleh-boleh..kau kat mana?”  “Okey.Kejap lagi aku sampai” kata Suha sambil menamatkan talian.
Dia sedikit gembira apabila rakan baiknya yang juga merupakan classmate dia,Rara datang KL untuk berjumpa dengannya.Nak menunggunya datang ke JB memang mustahil la agaknya.Untung saja Rara jenis orang yang tidak kisah memandu dari JB ke KL.Dress kuning dengan selendang berwarna gold menjadi pilihannya dengan hanya  mengenakan make-up yang nipis di mukanya.Usai membelek-belek tudung dan mengenakan sentuhan terakhir di mukanya,dia bergegas turun ke bawah.Tetapi,dia tidak terus ke keretanya tapi ke dapur untuk mencari ibunya.Ibunya yang kelihatan sibuk di dapur terkejut apabila Nasuha memeluknya dari belakang.
“Aii mama…Tak kan dah terkejut kut?”tanya Nasuha sambil ketawa kecil.
“Kamu ni.Mestilah mama terkejut.Yang kamu cantik-cantik ni nak ke mana?”tanya Puan Nor kebingungan.
“Oh..Emm…Mama kenal Rara kan?..dia datang sini.Suha ingat nak pergi jumpa dia la ni..Suha pergi dulu ye mama?Dah lama dah menunggu tu.”pamit Nasuha
“Yela.Kirimsalam kt dia.Hati-hati bawa kereta.”pesan Puan Nor sambil menyambut tangan Nasuha untuk bersalam.



“Hai..dah lama sampai?”tegur Nasuha sambil mencium kedua-dua pipi Rara.
“Tak ada la.Baru je.Duduk la.”pamit Rara.Nasuha mengambil tempat di hadapan Rara.
“Kau sihat?macam mana boleh tersesat kat KL ni?Biasanya,kalau aku ajak kau datang sini memang banyak alasan kau kan?”tanya Nasuha.
“Tak akan la nak datang KL tengok kawan pun tak boleh.?Lagipun aku ada kerja kat sini.Alang-alang dah datang sini ni aku jumpa kau la.”
“Kau ada kerja apa kat sini?”tanya Nasuha seakan kebingungan.Kerja apa yang dimaksudkan Rara?Tak akan dia tak tahu?.
“Kau ingat tak dulu,aku pernah cerita kat kau pasal lelaki yang mak aku nak jodohkan dengan aku”tanya Rara sambil tersenyum nipis kepada Nasuha.
“Ermm…ingat.Daniel ke?Kenapa dengan dia?”tanya Nasuha lagi.
“Ni yang aku nak cerita kat kau ni.Sebenarnya,my mom dah setuju nak kahwinkan aku dengan dia.Aku datang sini pun nak cari barang kat sini.Barang kahwin.”
“What??? Seriously??? Kau biar betul Rara.?”
Rara tergelak besar melihat gelagat Nasuha yang benar-benar tekejut. “Betul la.aku tak tipu kau pun.Tak percaya kau tanya mak aku.”terang Rara sambil menghirup air carrotmilk yang dihidangkan sebentar tadi.
“Tapi.Kau juga yang cakap yang kau tak nak kahwin dengan lelaki pilihan mak kau?you want to marry with your choice,right?”
“Memang la.Tapi kadang-kadang aku terfikir.Pilihan mak selalunya yang terbaik.Lagipun dia baik orangnya.Peramah,kerja besar,handsome pula tu.Muka dia akan-akan Justin Bieber.Aku suka.”kata Rara sambil tersenyum gedik.
“Kau dah habis fikir ke?Kau still ada setahun nak habis belajar kan?”tanya Nasuha.
“Yap.Aku dah habis fikir dah.Memang aku ada lagi setahun nak graduate tapi benda baik tak perlu ditangguh lama-lama kan?Lagipun tahun depan dia dah abroad .So,dia nak cepatkan pernikahan kitorang.”terangnya.
“Oh..dah ni pilihan kau aku nak cakap macam mana lagi.Tapi kau jangan lupa tau,jadikan aku pengapit kau.”kata Nasuha sambil tergelak kecil.
“Itu sudah pasti kawan.”katanya lagi sambil tersenyum manis ke arah rakan baiknya itu.


1 comment: